Monday, June 15, 2009

Soalan Novel Bukit Kepong

Soalan 1:

Bincangkan latar masyarakat dalam sebuah novel yang telah anda kaji. (8 markah)

(Tulis 3 isi. Markah isi 6 dan markah bahasa 2)

JAWAPAN

Latar masyarakat dalam novel Bukit Kepong ialah masyarakat polis. (1m:ayat isi) Contohnya, Othman Yusof dan anggota polis yang lain sanggup berjuang dengan bermati-matian demi mempertahankan maruah negara daripada dijajah oleh pihak komunis. (1m:ayat contoh)
Latar masyarakat yang lain ialah pengganas komunis. (1m:ayat isi) Contohnya, Chanfei merupakan pengganas komunis yang berperanan sebagai perancang strategi menggempur rumah Pasong Bukit Kepong. (1m:ayat contoh)
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang taat setia. (1m:ayat isi) Contohnya, Limah begitu taat akan perintah suaminya iaitu Othman Yusof. Limah patuh apabila suaminya meminta dia pulang ke kampung kerana tidak dapat membawanya ke Bukit Kepong. (1m:ayat contoh)
Latar masyarakat yang terakhir ialah masyarakat kampung. (1m:ayat isi) Contohnya, orang-orang kampung di Bukit Kepong yang menghadapi ancaman komunis dan hidup dalam ketakutan dan ada antaranya yang dibunuh. (1m:ayat contoh)
Latar masyarakat yang terakhir ialah masyarakat petani. (1m:ayat isi). Contohnya ialah peladang dan penoreh getah di Bukit kepong yang selalu diugut supaya menjadi tali barut komunis atau membekalkan makanan dan ubat-ubatan kepada komunis. (1m:ayat contoh)
Soalan 2:
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan manfaat yang anda peroleh setelah membaca novel tersebut. (7 markah)
(Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3)
Jawapan
Dalam novel Bukit Kepong, saya dapat menambahkan pengetahuan tentang peristiwa hitam yang bersejarah bagi negara Malaysia. (1m: ayat isi) sebagai contoh, perjuangan dan keberanian sepasukan anggota polis termasuklah Othman Yusof yang cuba mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan komunis merupakan peristiwa bersejarah negara.(1m:ayat contoh)
Manfaat yang lain ialah, saya dapat menyemai semangat cinta akan negara kepada diri sendiri.(1m:ayat isi) Contohnya, perjuangan Othman Yusof dan anggota-anggota polis yang sanggup menggadai nyawa semasa bertempur dengan pihak komunis di rumah Pasong Bukit Kepong berjaya menimbulkan semangat patriotik dalam kalangan pembaca. (1m:ayat contoh)
Soalan 3:
Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat demikian?
(7 markah)(Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3)
Jawapan:
Dalam novel Bukit Kepong, peristiwa yang menarik ialah ketika Othman Yusof mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan komunis.(1m:ayat isi) Peristiwa ini menarik kerana pembaca tertanya-tanya akan kesudahan cerita dalam pertempuran itu. (1m: ayat contoh)
Peristiwa lain yang menarik ialah ketika Othman Yusof mendapati isterinya telah sakit jiwa atau gila akibat mendengar berita tentang kematiannya. (1m:ayat isi) Peristiwa ini menarik kerana pembaca mengetahui perkembangan peleraian cerita yang memaparkan ketabahan Othman Yusof. (1m:ayat contoh)
Soalan 4:
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah (7 markah)
(Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3)
JAWAPAN
Dalam novel Bukit Kepong, persoalan maruah diri dapat dilihat berdasarkan keengganan Limah, Zainab, Mek Nah dan Leha menanggalkan pakaian mereka walaupun telah diarahkan beberapa kali oleh komunis semasa serangan bas di Pagoh. Mereka malu dan peristiwa tersebut dapat dikaitkan dengan maruah diri. ( 2m: ayat isi +ayat contoh)
Manakala, persoalan maruah keluarga dapat dilihat berdasarkan keengganan Taukeh Muda ladang getah memberi bantuan kewangan kepada Tucksai dan Lam Fong kerana ladang getah tersebut milik keluarga. Demi menjaga maruah keluarga dan negara, beliau tidak mahu bersubahat dengan perjuangan komunis. (2m :ayat isi + ayat contoh)